1) Inilah akibatnya apabila satu pakatan yang ditubuhkan hanya apabila pilihanraya umum bermula dan niat untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Tidak kira apa ideologi sekali pun, bergabung tetap bergabung, sengketa lama dilupa asalkan saja dapat mengalahkan kerajaan sedia ada (BN) dan menubuhkan kerajaan sendiri.
2) Itulah hakikatnya, apabila emosi menguasai segalanya. Kerajaan yang sedia ada dikatakan zalim dan sudah tidak relevan pada masa kini. Penulis juga ingin melontarkan soalan, adakah parti pembangkang yang sedia ada juga relevan pada masa kini (terutamanya PAS dan DAP)? Adakah parti yang ditubuhkan untuk membela seorang pemimpin pada masa lalu dan yang kecewa dengan kepimpina sedia ada juga relevan dalam arus politik yang menuntut kita mengamalkan politik matang? emmm.. tepuk dada tanya selera.

3) Kini kita lihat PKR, telah beberapa orang keluar daripada parti itu yang semuanya kecewa dengan kepimpinan yang sedia ada. Parti yang baru setahun jagung sudah mula berlaku masalah dalaman. Saya teringat kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lalu sebelum 16 september, katanya 'i have a number'. Apakah yang sudah jadi? dimanakah orang yang dikatakan oleh beliau akan menyertai PR? lebih setahun sudah berlalu, berapa ramaikah yang telah sertai PKR/PR? tepuk dada tanya selera.
4) Negeri Sabah dikatakan bakal penentu penubuhan kerajaan persekutuan PR Malaysia pada 16 september yang lalu. Namun sampai saat ini apa yang berlaku dengan parti keadilan rakyat (PKR) di Sabah? Azmin Ali ditolak kepimpinannya oleh pemimpin PKR Sabah sebagai ketua perhubungan PKR Sabah. Selepas itu, Dr. Jeffrey dan Christina Liew pemimpin PKR Sabah meletakkan jawatan dalam parti kerana kecewa dengan kepimpinan parti (untuk pengetahuan mereka berdua ini adalah pelopor kepada penubuhan PKR di Sabah). Berita mengenai seorang lagi pemimpin PKR Sabah, Ansari juga sudah tidak kedengaran lagi. Di Selangor seorang wakil Rakyat juga telah mengungumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong BN.Apa sudah jadi? tepuk dada tanya selera.
5) Dalam PAS sendiri, apabila cadangan Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuk Nik Aziz untuk mengadakan EGM ditolak oleh pemimpin PAS pusat. Orang yang menjadi pendokong PAS dari dulu kini sudah tidak lg berpengaruh seperti dulu. Tok Guru mengatakan, ada beberapa pemimpin PAS yang perlu dibersihkan dalam parti tersebut, yang difahamkan sebab utamanya adalah menyokong kepada kerajaan perpaduan. Dikatakan dalam masa terdekat akan ada yang dipangggil oleh Jawatankuasa Disiplin Parti untuk memberi keterangan mengenai isu ini.
6) DAP juga sebegitu, ada beberapa isu di Selangor yang menyebabkan kerengggangan diantara DAP dan PAS. Beberapa isu yang berkait rapat dengan kepimpinan DAP di Selangor juga masih belum selesai. DAP juga tidak putus-putus dengan slogan mereka Malaysian Malaysia. Hak sama-rata. Ada yang menyatakan kenapa orang cina tak boleh jadi menteri besar perak? disamakan pula dengan Thailand yang menerima orang cina sebagai Perdana Menteri. Di sini, penulis nak tanya, adakah orang cina di Malaysia sama dengan cina di Thailand? Seperti jawapan Dr Ridhwan Teh Abdullah; orang Cina di Thailand sudah tidak serupa Cina. Mereka boleh dikatakan lebih Siam daripada Siam. Persoalannya, adakah itu berlaku di Malaysia? Baru-baru ini Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang mencadangkan supaya penggiliran ketua menteri P.P dilaksanakan. DAP sudah mula menggelabah, bila sampai ada yang mengatakan ini tidak adil. Penulis nak nyatakan, semasa BN memerintah, walaupun kerusi UMNO lebih banyak dari Gerakan, namun oleh kerana sikap setiakawan jawatan ketua menteri diberikan kepada Gerakan (orang cina). Jadi disini, dimanakah semangat Malaysian Malaysia yang diperkenalkan oleh DAP dan dikatakan baik oleh mereka? Tepuk dada tanya selera. Banyak lagi penulis nak sampaikan disini, tapi tunggulah akan datang.
7) Secara kesimpulannya, Kucar-Kacir itulah nahtijahnya. Apabila kita duduk dan bergabung bersama atas niat-niat tertentu bersama fikiran dan ideologi masing-masing nescaya tidak akan ke mana. Setelah 52 tahun merdeka, Malaysia yang diperintah oleh Kerajaan BN pada hari ini,dahulunya duduk bersama atas semangat setiakawan dan perundingan murni untuk mewujudkan kerajaan. Walaupun telah lama berlalu namun kerajaan yang sedia ada tetap berdiri walaupun banyak ancaman yang melanda dari luar ataupun dari dalam. Jangan hanya sebiji Durian yang manis, kita lupakan durian-durian yang telah banyak kita makan dahulu.
Penulis; Tepuk Dada, Tanya Iman.